✧ | Alam & Maryam. 004 ialah seorang ejen berpangkat tinggi di Agensi, sebuah organisasi rahsia yang hanya mempunyai satu misi-menggagalkan kebangkitan Nusa Baru, sebuah organisasi elit yang ingin menggulingkan kerajaan. Namun disebabkan satu insiden, 004 telah digantung kerja dan diarahkan untuk berkerja sebagai seorang pengawal peribadi selama setahun di Malaysia sebagai hukuman. Nama barunya? Alam. Lalu muncul pula Nur Maryam, klien yang mengupah Alam agar menjaganya. Bagi Alam, tiada apa yang menarik tentang Maryam. Gadis itu tipikal anak orang kaya. Pakai barang branded, duduk rumah besar, muka cantik kalah retis. Cuma satu saja yang menjadi masalah; Abah Maryam, Dato Daud ialah salah seorang jutawan yang disyaki mempunyai kaitan dengan Nusa Baru. Jadi apabila masalah sudah di depan mata, Alam mahu mencari penyelesaiannya. Walaupun itu bermakna nyawanya akan dipertaruhkan dan Maryam tidak akan ingat pada dirinya. "Aku hukum kau nak suruh kau belajar ada rasa bertanggungjawab, bukan pergi bercinta, 004." "Saya tahu, tuan tapi saya tak boleh biar dia rasa sakit yang sama seperti saya dulu, tuan." - jangan lupa vote dan comment 💐 - SLOW UPDATES‼️ amazing cover by : @-ayrain